JABATAN KEJURUTERAAN
Kami meluluskan permohonan sepertimana berikut dengan syarat di sertakan dokumen yang lengkap:-
- Rumah Individu
- 1 bulan ( tertakluk kepada sokongan lain-lain jabatan ) - Projek Perumahan Kilang/ Bangunan Kekal
- 3 / 4 bulan ( tertakluk kepada sokongan lain-lain jabatan ) - Tambahan Kepada Rumah Dalam Projek
- 3 / 4 minggu ( tertakluk kepada sokongan lain-lain jabatan )
Kelulusan Pelan Susunatur akan mengambil masa 3 – 4 bulan tertakluk kepada jabatan lain. Kami akan mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki ( CFO ) untuk:-
- Rumah Individu
- Tempoh 2 minggu ( tertakluk kepada mematuhi syarat-syarat kelulusan pelan ) - Projek Perumahan, Kilang Dan Bangunan Bertingkat
- Tempoh 3 minggu ( tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan pelan dan sokongan jabatan ).
JABATAN KEWANGAN
Perkhidmatan Kaunter Bayaran Di Ibu Pejabat:-
- Anda dijamin akan diberikan layanan mesra,cekap dan memuaskan dalam tempoh 3 minit bagi bil secara tunai apabila sampai ke kerani penerima wang.
Perkhidmatan Kaunter Bayaran Cawangan:-
- Anda dijamin akan diberikan layanan mesra, cekap dan memuaskan pada masa dan hari-hari pungutan di cawangan.
Bayaran Kepada Pembekal:-
- Pembayaran kepada pembekal akan di bayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima sekiranya mematuhi segala proses prosedur meluluskan pembayaran.