MENU

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

                                                                                                                                    

Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik dan praktikal. Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat jabatan. Dalam usaha pembudayaan dan pengekalan persekitaran berkualiti dan kondusif MDT melaksanakan aktiviti seperti sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal dengan pelaksanan gotong-royong secara berkala.

MOTO EKSA MDT

“Persekitaran Teratur, Perkhidmatan Berkualiti”

OBJEKTIF

i) Imej Korporat
Mempamerkan imej korporat mengikut agensi/jabatan dengan mengurangkan hiasan yang berlebihan.


ii) Persekitaran Kerja Kondusif
Susun atur kelengkapan dan peralatan pejabat yang kemas dan teratur serta sentiasa bersih dan tidak berhabuk agar dapat memelihara persekitaran yang kondusif dan berkualiti.


iii) Kepelbagaian Agensi
Setiap agensi sektor awam akan diaudit oleh pihak MAMPU dengan menggunakan Kriteria EKSA yang bersesuaian mengikut jenis agensi dan kluster jabatan tertentu.


iv) Kreativiti Dan inovasi
Menggalakkan pelaksanaan kreativiti dan inovasi yang boleh meningkatkan produktiviti dan kualti kerja warga agensi.


v) Go Green
PelaksanaanGo Green digalakkan bagi menyokong kempen guna semula, kitar semula dan penjimatan.

JAWATANKUASA EKSA

  • JAWATANKUASA INDUK EKSA
  • JAWATANKUASA AUDIT EKSA
  • JAWATANKUASA LATIHAN EKSA
  • JAWATANKUASA PROMOSI EKSA