MENU

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

  • Menjamin akan memberikan layanan dan perkhidmatan yang memuaskan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
     
  • Berjanji segala urusan pindahmilik daripada pemaju akan dimaklumkan dengan segera dengan syarat disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
     
  • Menjamin taksiran dibuat dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
     
  • Memberi kemudahan membayar cukai secara beransur-ansur.
     
  • Membantu menyelesaikan masalah pengguna dan akan menyiasat setiap aduan yang diterima dan maklumatnya akan dirahsiakan.

Jabatan Kejuruteraan

  • Memberi kelulusan pelan-pelan bangunan/ubahan/tambahan dengan syarat yang disertakan dengan dokumen-dokumen lengkap.
     
  • Memberi kelulusan pelan susunatur.
     
  • Mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CFO)

Jabatan Perlesenan Dan Penguatkuasaan

  • Menjalankan semua aktiviti penguatkuasaan mengikut semua undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh majlis
     
  • Membantu Bahagian-Bahagian dalam Pentadbiran majlis menjalankan tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi bahagian masing-masing
     
  • Membantu agensi kerajaan yang berkaitan jika perlu bagi menyelesaikan tindakan undang-undang agensi tersebut