MENU

TAMAN AWAM TEPIAN SUNGAI MUAR, TANJUNG AGAS, TANGKAK

 

 Telah di buka kepada umum pada 16 Sept. 2020. Menariknya taman ini dihias cantik dengan lampu-lampu di sekitarnya ,tumbuhan serta binaan Iconic Sculpture, Entrance Gateway, pentas, dataran, jeti, jambatan, gelanggang terbuka, laman permainan kanak-kanak serta alatan senaman dewasa. Ianya terletak bersebelahan Sungai Muar, mewujudkan suasana malam/siang yang indah dan menarik untuk dikunjungi. 

 

TAMAN BUNGA RAYA, TANGKAK

bunga raya

Taman Bunga Raya terletak di Bandar Tangkak bersebelahan dengan Masjid Jamek Tangkak. Pelbagai kemudahan rekreasi aktif dan pasif yang telah disediakan disini untuk kemudahan orang awam beriadah.

 

LAMAN LEDANG, TANGKAK

laman ledang

Laman Ledang terletak di Bandar Tangkak yang bersebelahan dengan Masjid Jamek Tangkak dan Taman Bunga Raya. Laman Ledang ini menjadi mercu tanda bagi Daerah Ledang di mana Bandar Tangkak merupakan ibu kepada Daerah Ledang.

Pautan Laman