MENU

Pusat Internet Komuniti (dahulu dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia) merupakan satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Pusat Internet Komuniti (PIK) diwujudkan untuk menyediakan kemudahan capaian internet kepada masyarakat setempat.  Disamping itu PIK juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi & sosial dengan menyediakan kelas latihan ICT dan keusahawanan secara percuma kepada ahli-ahli berdaftar. Terdapat juga beberapa PIK terpilih ada menyediakan perkhidmatan perbankan dan kurier ringan. PIK juga turut menyediakan perkhidmatan percetakan, fotokopi, laminasi dengan kadar bayaran yang amat rendah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan terus memantapkan fungsi PIK agar masyarakat tempatan bukan sahaja berpeluang menggunakan perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti dengan kadar bayaran yang amat rendah bahkan perkhidmatan lain yang disediakan di semua PIK mampu memudahkan urusan atas talian.

Terdapat 85 buah Pusat Internet Komuniti di Negeri Johor dan 5 daripadanya terdapat di Daerah Tangkak iaitu di lokasi berikut:-

Maklumat lengkap mengenai Pusat Internet Komuniti (PIK) ini boleh didapati melalui laman web MCMC atau ke pautan laman sosial Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Berikutan pandemik COVID-19 penggunaan jalur lebar/ internet berkelajuan tinggi sememangnya amat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat untuk membantu melancarkan urusan atas talian (online). MCMC dan PIK turut mengambil langkah-langkah pencegahan dan memastikan PIK berfungsi dengan mematuhi SOP ketat seperti yang  telah di sarankan oleh MKN dan KKM bagi mengelakkan penularan wabak ini berlaku.