Skip to main content
MENU

JADUAL KAUNTER BERGERAK & KAUNTER TAMBAHAN PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 02/2024

Jadual Kaunter Bergerak & Kaunter Tambahan Pembayaran Cukai Taksiran Penggal 02/2024 Pada Setiap Jumaat Dan Sabtu Bagi Bulan Julai Dan ogos 2024.

Pembayaran Boleh Lakukan Menggunakan Medium JOMPAY (Biller Code:3004) , E-khidmat, CIMB Clicks, Kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) Seluruh Negara Serta Kaunter CIMB Bukit Gambir.

Tunaikan Tanggungjawab Anda. Bayar Awal Elak Denda.

Kegagalan Melunaskan Cukai Taksiran Boleh Mengakibatkan Anda Didenda (Seksyen 148) Dan Pengeluaran Notis E (Akta 171). Serta Sitaan Keatas Harta Benda Anda Di Bawah (Seksyen 151).

KURSUS PEROLEHAN KERAJAAN

11 - 12 Jun 2024 | Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak & Bilik Mesyuarat Pekaka Emas Majlis Daerah Tangkak.

Telah berlangsung selamat 2 hari, Kursus Perolehan Kerajaan yang disertai seramai 46 anggota Majlis Daearah Tangkak disampaikan oleh Pegawai dari Bahagian Perbendaharaan Negeri Johor Encik Muhammad Nashruddin Al-Fateh Bin Mohd Sapie.

Kursus ini bertujuan memantapkan lagi ilmu pengetahuan anggota tentang kaedah /tatacara perolehan terkini Kerajaan di jabatan mengikuti garis panduan ditetapkan.

OPERASI SEPADU TASKFORCE (TUNGGAKAN CUKAI HARTA)

Aktiviti serahan Notis E Cukai Harta Seksyen 147 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ke atas 7 unit harta industri (kilang / bengkel / stor / Gudang) yang mempunyai tunggakan cukai harta yang gagal dijelaskan bayaran oleh pemilik

Tarikh : 14 Mei 2024
Lokasi : Kawasan Perindustrian Tanjung Agas

Aktiviti ini dilaksanakan bagi tujuan memberi peringatan atau kesedaran pemilik harta mengenai pembayaran cukai harta sebelum tindakan undang-undang / denda lewat (caj sek.147) / harta disita diambil.

PROGRAM BULANAN KITAR SEMULA 3R PERINGKAT MAJLIS DAERAH TANGKAK

Program Bulanan Kitar Semula 3R Peringkat Majlis Daerah Tangkak

Tarikh : 30 April 2024 @ 8.30 pagi

Program 3R diadakan setiap hujung bulan. Penglibatan dari wargakerja MDT dan Ahli Majlis MDT bagi memupuk semangat mencintai Alam Sekitar.

Pecahan kutipan seperti berikut :

  • kertas ( 69.30 kg)
  • plastik ( 8.00 kg)
  • Aluminium ( 1.00kg)
  • Jumlah kutipan 3R ( 78.30 kg)

Hadiah - hadiah yang disediakan :