MENU

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA BEKALAN & PERKHIDMATAN ALATULIS ICT

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA KALI KE-3 BEKALAN & PERKHIDMATAN ALATULIS ICT MAJLIS DAERAH TANGKAK

     1.  

    Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan berdaftar sebagai syarikat Bumiputera atau Bukan Bumiputera dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini dalam bidang bekalan/perkhidmatan bagi sebutharga seperti berikut :-

2.     Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai 09 April 2023 (Ahad) hingga 16 April 2023 (Ahad) di Kaunter Sebutharga, Jabatan Khidmat Pengurusan ,Majlis Daerah Tangkak, 84900 Tangkak, Johor Darul Ta’zim bermula jam 8.30 pagi – 3.00 petang (semasa waktu pejabat). Bayaran dokumen sebutharga hendaklah di buat dalam bentuk DRAFT BANK daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau KIRIMAN WANG (Money Order) atau WANG POS secukupnya dan di bayar atas nama MAJLIS DAERAH TANGKAK. WANG TUNAI atau CEK TIDAK DITERIMA selaras dengan ketetapan 1PP-PK2 perenggan 8(iii) (e)(5).

3.     Hanya PEMILIK ASAL digalakkan membuat pembelian dokumen sebutharga manakala WAKIL mestilah hadir bersama surat wakil untuk membeli sebutharga tersebut. Hanya SEORANG penyebutharga sahaja dibenarkan menjalankan urusan pembelian dokumen sebutharga.

4.     Setiap penyebutharga juga hendaklah hadir dengan membawa bersama salinan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , Sijil Kementerian Kewangan MOF (Akuan pendaftaran) dengan kod bidang berkaitan dan Sijil Kementerian Kewangan MOF (Akuan Bumiputera) (jika ada).

5.     Dokumen sebutharga yang lewat dihantar daripada tarikh dan masa yang di tetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Dokumen sebutharga yang telah lengkap hendaklah di masukkan ke peti sebutharga di alamat berikut pada / sebelum jam 12.00 tengahari tarikh tutup sebutharga:-

PETI SEBUTHARGA

PEJABAT BESAR MAJLIS DAERAH TANGKAK

84900 TANGKAK, JOHOR DARUL TA’ZIM

                NO.TEL: 06-9781261

6.   Majlis Daerah Tangkak tidak terikat samada menerima sebutharga terendah harganya atau sebarang tawaran.

 

Tender Ref: 
MDT.1/29/14/2023
Tender Closing Date: 
Sunday, 16 April 2023