Langkau ke kandungan utama
MENU

Tawaran Berniaga Di Gerai Majlis Daerah Tangkak

Permohonan Kekosongan Gerai MDT

TAWARAN BERNIAGA DI PREMIS MAJLIS DAERAH TANGKAK

Majlis Daerah Tangkak mempelawa peniaga yang berminat dan berkelayakan untuk memohon sewaan ruang niaga di premis-premis milik Majlis Daerah Tangkak.

Antara lokasi ditawarkan:
1. Gerai Balairaya Kebun Baru
2. Terminal Bas & Teksi Bukit Gambir
3. Pusat Jaja Taman Tangkak Jaya
4. Medan Selera Taman Sri Jaya, Bukit Gambir
5. Kiosk dalam Arked Tangkak
6. Gerai Perhentian Bas & Teksi Tangkak
7. Bangunan Arked Tangkak

Kadar sewaan sebagaimana yang dinyatakan dalam iklan.
Jumlah kekosongan: 15 unit

Syarat kelayakan:
 Warganegara Malaysia
 Penduduk kawasan Daerah Tangkak diberi keutamaan

Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan surat permohonan dan kertas cadangan menggunakan Borang Permohonan Sewaan Bangunan/Premis yang boleh diperolehi secara percuma di Majlis Daerah Tangkak.

Tarikh tutup permohonan:
2 Mac 2026

Maklumat lanjut:
Sila hubungi atau hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Tangkak.

Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria akan dipanggil untuk temuduga.

Muat turun iklan untuk maklumat lanjut.