Skip to main content
MENU

AKTIVITI SERAHAN NOTIS E PENGGAL 1/2024

Seksyen 147 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171) kepada pemilik yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran

  • 5 Jun 2024 – Taman Tangkak Jaya, Tangkak
  • 12 Jun 2024 – Taman Mulia, Kesang
  • 13 Jun 2024 – Taman Kesang Mawar, Kesang
  • 26 Jun 2024 – Taman Saujana Putra, Kesang
  • 27 Jun 2024 – Taman Cemara & Taman Kesang Bayu, Kesang

Aktiviti pemasangan kain rentang (Banner) Zon Merah turut dilakukan di Taman Saujana Putra, Kesang sebagai taman yang mempunyai jumlah tunggakan cukai taksiran yang paling tinggi.

JADUAL KAUNTER BERGERAK & KAUNTER TAMBAHAN PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 02/2024

Jadual Kaunter Bergerak & Kaunter Tambahan Pembayaran Cukai Taksiran Penggal 02/2024 Pada Setiap Jumaat Dan Sabtu Bagi Bulan Julai Dan ogos 2024.

Pembayaran Boleh Lakukan Menggunakan Medium JOMPAY (Biller Code:3004) , E-khidmat, CIMB Clicks, Kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ) Seluruh Negara Serta Kaunter CIMB Bukit Gambir.

Tunaikan Tanggungjawab Anda. Bayar Awal Elak Denda.

Kegagalan Melunaskan Cukai Taksiran Boleh Mengakibatkan Anda Didenda (Seksyen 148) Dan Pengeluaran Notis E (Akta 171). Serta Sitaan Keatas Harta Benda Anda Di Bawah (Seksyen 151).

KURSUS PEROLEHAN KERAJAAN

11 - 12 Jun 2024 | Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak & Bilik Mesyuarat Pekaka Emas Majlis Daerah Tangkak.

Telah berlangsung selamat 2 hari, Kursus Perolehan Kerajaan yang disertai seramai 46 anggota Majlis Daearah Tangkak disampaikan oleh Pegawai dari Bahagian Perbendaharaan Negeri Johor Encik Muhammad Nashruddin Al-Fateh Bin Mohd Sapie.

Kursus ini bertujuan memantapkan lagi ilmu pengetahuan anggota tentang kaedah /tatacara perolehan terkini Kerajaan di jabatan mengikuti garis panduan ditetapkan.

OPERASI SEPADU TASKFORCE (TUNGGAKAN CUKAI HARTA)

Aktiviti serahan Notis E Cukai Harta Seksyen 147 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ke atas 7 unit harta industri (kilang / bengkel / stor / Gudang) yang mempunyai tunggakan cukai harta yang gagal dijelaskan bayaran oleh pemilik

Tarikh : 14 Mei 2024
Lokasi : Kawasan Perindustrian Tanjung Agas

Aktiviti ini dilaksanakan bagi tujuan memberi peringatan atau kesedaran pemilik harta mengenai pembayaran cukai harta sebelum tindakan undang-undang / denda lewat (caj sek.147) / harta disita diambil.